ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Selamat datang ke blog Do It Yourself saya yang tak seberapa ini.
Blog ini akan memaparkan projek diy yang akan saya lakukan sendiri.
Di harapkan blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat oleh semua dan setiap soalan dan komen sangat dialu-alukan.
Sebelum itu kenali dulu bahagian-bahagian pada tangki air.
A - PAIP LIMPAH - MENGELUARKAN AIR YANG BERLEBIHAN MASUK KE DALAM TANGKI
B - PAIP CUCI - MENGELUARKAN AIR APABILA TANGKI DICUCI
C - PAIP AGIHAN - MENGAGIHKAN AIR KEBAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM RUMAH
D - PAIP PERKHIDMATAN - MEMBAWA MASUK AIR KEDALAM TANGKI
E - PELAMPONG - MENGAWAL PARAS AIR DALAM TANGKI
Beberapa hari yang lalu terdapat air keluar melalui paip limpah di luar rumah saya. Bengangnye rasa...
Seperti biasa saya telah pasti ini adalah masalah tangki overflow. Dan jika dibiarkan bil air pasti akan melambung tinggi....
Apa yang saya lakukan adalah menutup meter air dan terus memanjat syiling dan membuka injap masuk dengan menggunakan sepanar hidup.
KEADAAN INJAP MASUK SETELAH DIBUKA
TANGKI OVERFLOW.
Tanki air overflow terjadi disebabkan dua faktor.
a) pelampung bocor.
b) getah injap masuk rosak.
Pemeriksaan dilakukan dan didapati pelampong masih berada dalam keadaan baik.
(OK settle!!)
Pemeriksaan dilakukan pula pada injap masuk, dengan menggunakan pelayer, buka klip pada injap. Senang je...
BUKA KLIP PADA INJAP
Setelah injap dibuka didapati getah pada piston telah haus. .Mungkin disebabkan usia yang telah lama. Ok fungsi getah ini adalah untuk menghalang air keluar dari injap.
Getah ni yang saya pasti tidak ada dijual di hardware. Kalau untuk paip air tu banyak la. Biasanya hardware akan jual satu set injap water inlet tank. Harganya pula mencecah 20 sehingga 50 ringgit mengikut kualiti barang.
KEADAAN GETAH YANG TELAH HAUS
GETAH YANG TELAH ROSAK
Apa yang saya lakukan adalah keluarkan getah dari piston dan ambil tiup motor yang terpakai dan gunting mengikut saiz getah asal... jimat abis hehehe
Kalau nak beli baru rasa macam membazir sebab housing cantik lagi.
potong tiup motor terpakai
Setelah tiup dipotong masukkan getah itu kedalam piston.
KEADAAN GETAH TIUP SETELAH
DIMASUKKAN KEDALAM PISTON
Bagi memastikan ketahanan getah yang dipotong tadi buatlah dua lapik getah pada piston tu. pastikan juga getah fit pada piston.
Dah selesai, pasang balik injap tadi dan kangkangkan semula klip tadi.
INJAP SIAP DI BAIK PULIH
Jangan lupa letak white tape pada housing bagi mengelakkan kebocoran.
Pasang semula injap tadi kemas-kemas pada tangki dan buka meter air sebelum menguji injap yang dipasang tadi.
Setelah meter dibuka, air akan keluar melalui injap. uji dengan mengangkat
pelampung dengan tangan. pastikan tiada setitik pun air yang keluar melalui injap.
INJAP BERJAYA DIBAIK PULIH
Masalah tangki overflow selesai.
OK SEMOGA ANDA BERJAYA LAKUKAN SENDIRI DIRUMAH...
BYE...
bijaknya
ReplyDeleteKlu injap yg plastik tu mcmn cara nk bukanya?mohon bantuan
ReplyDeletex de jual ke washer tu??tak de tiub getah pun
ReplyDeleteTerbaek bro..tmn pon dok mikior sparepart apa boleh ganti washer getah tu...hi2
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDeleteBos injap to sume same saiz kan??so kalo beli baru xde masaalh xmuat la kn..
ReplyDeleteTerbaik bro....
ReplyDeleteNice bro..
ReplyDeleteBaru nk try...
ReplyDeleteXbuka kat fb ke
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteSaya dh tukar baru. Tp masih lagi overflow
ReplyDelete