Tuesday, 24 September 2013

Penambahan Brake Hazard pada Tail Lamp Proton Waja

Assalamualaikum


Bagi mengisi masa. saya nak berkongsi dengan anda DIY serba ringkas
 yang telah saya lakukan sendiri pada kereta saya.

Anda boleh mencuba sendiri di rumah tanpa perlu membuang duit anda
 di kedai-kedai aksesori yang kadang-kadang kos yang ditanggung adalah diluar jangkaan.

Entri kali ini adalah berkenaan dengan penambahan hazard braking light pada 
tail lamp bagi Proton Waja.

Langkah pertama:

Buka trunk lid (bonet) dan buka cover lampu di kiri dan kanan yang setiap bahagian 
mempunyai 3 screw dengan menggunakan screw driver.


 Kemudian cabut coupling soket dan 3 nut 10mm yang mengikat Tail Lamp kiri dan kanan.


 Keadaan coupling yang telah dicabut. Jika diperhatikan terdapat nombor bagi setiap pin.


ambil satu wire sepanjang lebih kurang 5 inchi. dan cucukkan
pada coupling itu tadi. (refer picture dibawah)


sambungkan wire itu tadi di pin bernombor 2 dan 4. Anda hanya perlu sambungkan 
wire ini pada sebelah bahagian sahaja. sama ada lampu kiri atau lampu kanan. 
Gambar diatas saya modekan pada lampu sebelah kanan. 


OK dah selesai dibahagian soket pin.. kita beralih kepada Tail Lamp pula.




Langkah seterusnya:

Keadaan belakang Tail Lamp.


Buka Plate Bulb pada Tail Lamp dan perhatikan terdapat satu soket yang tidak ada mentol
dibahagian bawah itu. Di bahagian yang tiada mentol itu nantilah yang akan kita modekan supaya 
ianya berfungsi sebagai braking hazard.


Tebuk Lubang dengan menggunakan hand drill atau pisau seperti gambar dibawah.


Keadaan  setelah ditebuk dengan menggunakan pisau. Saiz lubang lebih kurang
sebesar lubang-lubang yang sedia ada pada Tail Lamp itu pastikan tidak terlalu besar. kalau boleh ngam-ngam 


  Beli 2 biji mentol yang terdapat di kedai spare part. harga sekitar rm2-3 sahaja sebijik.
dan letakkan mentol pada plate bulb di kiri dan kanan Tail Lamp.

Pasang kembali Tail Lamp, cover Tail Lamp pada kereta dan connect coupling 
soket tadi seperti gambar diatas. Perhatikan coupling soket yang telah di mode kan tadi.
Uji Lampu dengan menekan padel brake.


Keadaan setelah siap. 
Terdapat bulb yang hidup dibahagian yang dibulat setelah brake ditekan 
yang berfungsi sebagai brake hazard.

Anda juga boleh modekan supaya ianya berkelip ketika membrake dengan meletakkan 
flashing unit signal yang terdapat di kedai spare part dengan harga yang murah.





SEKIAN SAHAJA SEMOGA ANDA BERJAYA INSYA-ALLAH.























No comments:

Post a Comment